Thursday 30 June 2011

Fungsi dan Peranan PSS

  • Mengikut Kementerian Pnedidikan Malaysia definisi Pusat Sumber sebagai satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak sekolah mencapai matlamat kurikulumnya
  • Pusat Sumber merupakan satu punca segala pergerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Ia mengumpul, membina, memproses dan mengedar bahan cetak dan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan. Ia juga memberikan perkhidamatan yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik (shaharom & Wan Ab Kadir, 1996)
  • Peranannya sebagai satu sistem yang menyokong ke arah matlumat pendidikan negara. Ia perlu bergerak dengan pelbagai bahan dan aktiviti ke arah memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran.
  • Fungsinya sebagai tempat, mengumpul, menghasil, mengorganisasi dan menyebar atau menggunakan maklumat

Objektif Pusat Sumber Sekolah

Antara objektif utama Pusat Sumber Sekolah ialah :


  • Membentuk sebuah Pusat Sumber Sekolah yang mampu menjadi pemancu kepada kecermelangan pendidikan dalam konteks dalam cabaran mendatang
  • Meningkatkan mutu pengajran-pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah pelajar
  • Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional
  • Pemupukan tabiat belajar berorientasikan input dan bahan pendidikan terkini
  • Membangunkan budaya belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pancarian dan penggunaan maklumat secara sistematis
  • Penghasilan bahan-bahan variasi sumber
  • Membantu pelajar dan guru menghasilkan, menilai dan menggunakan pelbagai peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran
  • Mengadakan pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran
  • Menjadikan pengendalian PSS lebih mentap, terancang dan berkesan
  • Meningkatkan peranan dan fungsi PSS sebagai nadi aktiviti akademik di sekolah

Matlamat Pusat Sumber

Pihak yang bertanggungjawap terhadap pembangunan PSS akan berusaha melakukan inisitif yang relevan dengan hasrat mencapai matlamat seperti berikut


  • Meningkatkan mutu pendidikan di SMK Kok Lanas
  • Menjadikan sekolah sebagai sebuah koridor raya maklumat dan pusat berfikir ke arah melahirkan generasi baru yang bestari 
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin
  • Menjadikan PSS sebagai satu Agensi/Sumber Maklumat yang utama
  • Menyediakan kemudahan dan bahan yang memadai kepada semua pelajar bagi membuat rujukan dan mengakses maklumat mengikut keperluan mereka
  • Menjadikan pegoperasian PSS sebagai agen perubahan dan pusat penyelesaian masalah yang berdaya maju serta merangsang kecermelangan pendidikan

Piagam Pelanggan

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas beriltizam akan bertugas dengan penuh dedikasi untuk :-


  • Menyediakan dan memperbanyakkan bahan-bahan sumber sebagai pemangkin proses P & P 
  • Mewujudkan tempat dan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta dilengkapi dengan teknologi terkini
  • Menawarkan pelkuang yang maksima kepada warga sekolah bagi menikmati pembelajran yang terbaik
  • Mewujudkan pusat Sumber Sekolah yang mesra pelanggan dan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan terbaik
  • Sentiasa bersedia untuk memanfaatkan kemudahan ICT dan aplikasi teknologi pendidikan terkini dalam sistem PSS

Moto PSS

PSS PENJANA PELAJAR BERMAKLUMAT

Moto Sekolah

BERILMU, BERAMAL, BERAKHLAK

Misi PSS

MENYEDIAKAN SUMBER MAKLUMAT, PERKHIDMATAN DAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PELANGGAN TERUTAMA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM USAHA MELAHIRKAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA

Misi Sekolah

MEMBERIKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI DAN MEMBANGUNKAN MODAL INSAN CEMERLANG MINDA KELAS PERTAMA MELALUI BUDAYA PERMUAFAKATAN BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Visi PSS

MENJADI SUMBER MAKLUMAT DALAM MENJANA ILMU PENGETAHUAN DAN TEKNOLOGI UNTUK MENCAPAI HASRAT NEGARA MELAHIRKAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA

Visi Sekolah

MENJADI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH HARIAN TERBILANG MENJELANG 2015

Sejarah Penubuhan PSS

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber  sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecermelangan pendidikan, sekali gus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.

Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktfi dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain 'stake holders'

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas bermula pada tahun 1991 dengan sebuah bilik bacaan induk dan sebuah bilik APD sahaja. Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan dua buah bilik darjah dan mampu menampung serami 80 orang pelajar. Sementara bilik APD pula hanya mempunyai keliasan sebuah bilik darjah dengan kapasiti 40 orang pelajar. Kemuudian ditambah pula dengan bilik SAL dan bilik AMB

Pelbagai kemudahan untuk memperoleh maklumat disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya. Selain dari bahan cetak konvensional, PSS induk dihubungkan dengan rangkaian komputer secara 'local area network' (LAN) dengan koridor-koridornya. Dengan adanya kemudahan tersebut, capaian internet boleh dibuatdi seluruh kawasan sekolah. Sementara itu, sistem pengautomasian pula terlah diguna pakai di sekolah ini mulai tahun 2009.