Monday 27 February 2012

AKTIVITI MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2012





          Aktiviti ini dianjurkan oleh unit KO SMK Kok Lanas. Program ini akan dijalankan pada 3 MAC 2012. Program ini merupakan program tahunan sekolah dan program sebegini mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar. Dalam acara merentas desa ini semua murid diwajibkan untuk melibatkan diri. Di sini saya sebagai guru penasihat Rumah Hijau iaitu RUMAH DATO MAHARAJA LELA mengharapkan agar semua murid yang mewakili rumah hijau akan dapat menyertai larian merentas desa ini dan memberi kemenangan kepada pasukan rumah hijau. Rumah lain yang turut bertanding ialah rumah merah, rumah kuning dan rumah biru. Semua guru dan murid dilihat amat bersemangat dengan menghadiri latihan pada waktu petang setiap hari Isnin dan Selasa.

cakna kecemerlangan pmr dan spm 2012

         Inilah pertama kali saya menulis di ruangan ini kerana kekangan masa dan juga masalah jalur lebar. Pada hari ini 28 FEB 2012 diadakan majlis cakna kecemerlangan bagi pelajar yang akan menduduki pmr dan spm 2012. Cakna ini bertujuan untuk merapatkan hubungan pihak sekolah dan ibu bapa murid. Apabila ada ikatan ukhuwah antara kami maka secara tidak langsung kerjasama yang erat dapat diwujudkan dan sekali gus mampu menyumbang kepada kecemerlangan murid. Insyaallah hasrat murni kedua-dua pihak untuk melihat pencapaian akademik, dan ketinggian sahsiah pelajar SMK Kok Lanas akan tercapai.