Wednesday 16 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMKKL






Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Kok Lanas telah diadakan dengan meriahnya pada 16 Mei 2012. Pelbagai acara telah diadakan yang melibatkan acara padang dan acara pentas. Semua acara ini telah disertai oleh semua warga pendidik dan juga para pelajar. Acara seumpama ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid dan seterusnya akan mewujudkan suasana yang harmoni dan ukhuwah dalam kalangan guru dan murid.