Thursday 30 June 2011

Sejarah Penubuhan PSS

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber  sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecermelangan pendidikan, sekali gus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.

Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktfi dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain 'stake holders'

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas bermula pada tahun 1991 dengan sebuah bilik bacaan induk dan sebuah bilik APD sahaja. Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan dua buah bilik darjah dan mampu menampung serami 80 orang pelajar. Sementara bilik APD pula hanya mempunyai keliasan sebuah bilik darjah dengan kapasiti 40 orang pelajar. Kemuudian ditambah pula dengan bilik SAL dan bilik AMB

Pelbagai kemudahan untuk memperoleh maklumat disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya. Selain dari bahan cetak konvensional, PSS induk dihubungkan dengan rangkaian komputer secara 'local area network' (LAN) dengan koridor-koridornya. Dengan adanya kemudahan tersebut, capaian internet boleh dibuatdi seluruh kawasan sekolah. Sementara itu, sistem pengautomasian pula terlah diguna pakai di sekolah ini mulai tahun 2009.