Monday 27 February 2012

cakna kecemerlangan pmr dan spm 2012

         Inilah pertama kali saya menulis di ruangan ini kerana kekangan masa dan juga masalah jalur lebar. Pada hari ini 28 FEB 2012 diadakan majlis cakna kecemerlangan bagi pelajar yang akan menduduki pmr dan spm 2012. Cakna ini bertujuan untuk merapatkan hubungan pihak sekolah dan ibu bapa murid. Apabila ada ikatan ukhuwah antara kami maka secara tidak langsung kerjasama yang erat dapat diwujudkan dan sekali gus mampu menyumbang kepada kecemerlangan murid. Insyaallah hasrat murni kedua-dua pihak untuk melihat pencapaian akademik, dan ketinggian sahsiah pelajar SMK Kok Lanas akan tercapai.