Thursday 4 August 2011

Latihan untuk Pelatih PSS sesi 2011

Bermula Bulan Julai sehingga Bulan Oktober latihan asas akan diberikan untuk pelatih PSS sebagai persedian untuk menjadi pengawas PSS pada tahun hadapan. Program latihan ini biasanya dikendalikan oleh semua pengawas PSS yang lebih senior. Pelatih PSS ini hanyalah terdiri daripada para murid tingkatan satu. Sepanjang latihan yang telah dijalankan mereka menunjukkan minat yang tinggi dan berusaha untuk melakukan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Program ini telah diadakan selama tiga tahun dan telah menunjukkan hasil yang positif. Antara aktiviti yang diadakan ialah memberi pendedahan tentang peraturan pusat sumber, tugas-tugas pengawas pss, kenali pss anda, stok bahan buku dan stok bahan bukan buku , penggunaan slib dan sebagainya.
Selamat Berjaya Kepada semua Pelatih PSS. Semoga anda semua dapat menjadi pss pelapis yang bertanggungjawab, dedikasi, berketerampilan dan mampu menjalankan amanah dengan sempurna.