Saturday 30 July 2011

Hari Keluarga SMKKL

Hari keluarga SMKKL yang diadakan pada 30hb Julai 2011 telah diadakan di Pantai Irama Bachok. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti membina istana pasir, mencari harta karun, pertandingan melipat kain, baling telur dan tiup belon. Program ini memdapat sambutan yang memuaskan daripada warga SMKKL sama ada dalam kalangan guru, staff sokongan dan ahli keluarga masing-masing. Program ini dikendalikan oleh AJK KGSS. Semoga program seumpama ini akan diadakan lagi kerana program sebegini mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga SMKKL dan kelaurga masing-masing