Saturday 13 August 2011

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKKL 2011

Pada hari ini iaitu pada 14 OGOS 2011 (Ahad) akan diadakan majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Majlis akan dirasmikan oleh Pengetua Pn Hjh Wan Safinah bt Wan Hamad di Medan Ilmu SMKKL. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Sains Sosial yang diketuai oleh Tn Hj Ahmad Fauzi b. Mustapha. Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan ini ialah:-
         Deklamasi Sajak
         Poster Kemerdekaan
         Pidato Kemerdekaan
         Pertandingan Menulis Esei
         Persembahan Dikir Barat
         Kuiz Sejarah
         Hari Sains Sosial.
Semoga program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua warga SMMKL.