Pihak yang bertanggungjawap terhadap pembangunan PSS akan berusaha melakukan inisitif yang relevan dengan hasrat mencapai matlamat seperti berikut
- Meningkatkan mutu pendidikan di SMK Kok Lanas
- Menjadikan sekolah sebagai sebuah koridor raya maklumat dan pusat berfikir ke arah melahirkan generasi baru yang bestari
- Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin
- Menjadikan PSS sebagai satu Agensi/Sumber Maklumat yang utama
- Menyediakan kemudahan dan bahan yang memadai kepada semua pelajar bagi membuat rujukan dan mengakses maklumat mengikut keperluan mereka
- Menjadikan pegoperasian PSS sebagai agen perubahan dan pusat penyelesaian masalah yang berdaya maju serta merangsang kecermelangan pendidikan